Bawa berjuta2 ‘mask’ bagi rakyat Malaysia, anak risau mohon doa untuk bapa

0
9


Seorang gadis Fia hasnul memohon doa untuk bapanya yang juga seorang juruterbang agar diberi kesihatan dan dilindungi Allah SWT dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka.

Bapanya, Kapten Hasnul Ismail ditugaskan untuk membawa pulang bekalan topeng muka dari Shanghai, China sebelum diagihkan bagi rakyat Malaysia demi mengekang wabak Covid-19.

Menerusi laman Twitter, Fia berkongsi paparan skrin posting di Facebook bapanya yang memuat naik beberapa gambar dan video sepanjang perjalanan ke negara tersebut pada 25 Mac lalu.

“Ya Allah berilah kepada kedua orang tuaku nikmat kesihatan, keafiatan, umur yang panjang dalam melakukan ketaatan kepadamu dan mendapat keluasan rezeki-Mu. Amin,” tulis Fia.

Semalam, Kapten Hasnul mengemaskini posting terbaru memberitahu bahawa beliau dan seorang lagi juruterbang Kapten Hazwan Azman selamat tiba di tanah air selepas hampir 13 jam bertugas.

One World, One Heart, One goal.Terima kasih banyak2 atas ucapan rakan2.Selamat tiba jam 2 pagi selepas bertugas…

Posted by Hasnul Ismail on Wednesday, March 25, 2020

“Stay safe semua. Kami di Malaysia Airlines sentiasa berada di angkasa untuk memikul amanah dan tanggungjawab untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kerajaan akan membawa masuk bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari China berikutan kekurangan bekalan tersebut di Malaysia.

Sumber : Fia Hasnul , Hasnul Ismail , Astro Awani





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here