Bayi 18 Bulan Kelaparan Ditemui Di Sisi Jenazah Ibu Yang Dipercayai Sudah 2 Hari Meninggal Dunia

0
275

 

Dipercayai kerana takut dijangkiti COVID-19, seorang bayi dibiarkan kelaparan selepas ibunya meninggal dunia di rumah mereka di Maharashtra, lapor India Times.

Memetik portal tersebut, bayi berusia 18 bulan itu ditemui di sisi mayat ibunya yang dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.

Malah, dipercayai gara-gara takutkan virus, tiada individu yang mendekati keluarga berkenaan sehinggalah tuan rumah memutuskan untuk menghubungi polis selepas terdapat bau busuk di rumah tersebut.

Susulan itu, pihak polis dilaporkan telah memecah masuk rumah berkenaan pada Isnin lalu sebelum menemui mayat seorang wanita bersebelahan bayi berkenaan.

Wanita itu dipercayai telah meninggal dunia pada Sabtu, menyebabkan si anak tidak mendapat makanan dan minuman sejak hari kejadian.

Lantaran itu, menurut pihak polis, mereka telah memberi makanan dan susu kepada bayi berkenaan sebelum membawanya bertemu doktor.

Hasil ujian mendapati bayi itu negatif virus COVID-19. Bagaimanapun, punca kematian ibunya sama ada berkait COVID-19 ataupun sebaliknya masih belum diketahui.

Menurut wakil polis tempatan, suami kepada wanita itu telah ke Uttar Pradesh atas urusan kerja, lapor portal itu.

India mencatatkan peningkatan mendadak COVID-19 dengan hampir 400,000 kes baru dan 3,422 kematian semalam.

Sumber: India Times, Worldometer

Source link