Bayi 3 bulan maut dipercayai akibat ibu meroyan

0
228


Seorang bayi perempuan, Median Sandra Mohd Saddle meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya di Bandar Ceneh Baru, Chukai 11.30 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi berusia tiga bulan itu dibawa bapanya ke klinik berdekatan dalam keadaan tenat.

Lelaki itu memberitahu sewaktu dia pulang ke rumah untuk menghantar makanan didapati isterinya sedang terbaring di sebelah bayi berkenaan pada 10 pagi.

“Kemudian lelaki itu bertanya kepada isterinya sama ada mahu makan ke tidak naum wanita terbabit memaklumkan sudah menghantar anak mereka itu ke syurga,” kata Hanyan.

Salah seorang ahli keluarga berkata, tiada sebarang perkara pelik terjadi pada ibu bayi itu sebelum ini termasuk meroyan, tetapi pernah mendengar wanita tersebut bercakap sesuatu tidak masuk akal.

“Selepas melahirkan bayi sulung itu, ibu mangsa pulang berpantang di rumah ibunya di Besut dan dalam tempoh dua hari berpantang, suaminya membawa pulang anaknya itu untuk dijaga di Cheneh.

“Pada masa bekerja, bapanya menghantar Madian Sandra ke rumah pengasuh untuk dijaga. Namun sejak dua minggu lalu, ibu bayi berkenaan dibawa pulang ke rumah mereka di Cheneh.

“Saya difahamkan semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam), ibu Madian Sandra tidak mahu anaknya itu dihantar ke rumah pengasuh,” katanya.

Perintah reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro , HM Online

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here