Bayi Baru Lahir Parah Dilanggar Di Depan Pintu Hospital

0
1242
bayi parah
Foto : hmetro

Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku di mana-mana tak mengira masa dan tempat.

Begitulah yang terjadi di sebuah hospital swasta di Kota Damansara semalam. Akibat tertekan pedal minyak, kereta seorang lelaki telah meluncur laju hingga menyebabkan bayi baru dilahirkan parah beserta dua wanita dalam kejadian petang semalam.

Dipetik daripada laporan harian metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kemalangan tersebut berlaku pada sekitar jam 5.46 petang melibatkan membabitkan empat kenderaan serta tiga mangsa.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku apabila pemandu Toyota Corolla Altis berusia 62 tahun itu sedang menunggu anaknya keluar dari pintu utama hospital berkenaan di dalam kenderaan terbabit.

Ketika melihat anaknya keluar dari pintu utama tersebut, lelaki tersebut  tertekan pedal minyak sejurus terlihat anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu menyebabkan suspek tidak dapat mengawal kenderaannya itu.

“Tindakan itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar tiga lagi kereta yang diletakkan di laluan terbabit.

“Malah, kenderaan itu juga melanggar dua wanita pejalan kaki masing-masing berumur 30 dan 35 tahun bersama seorang bayi berusia satu hari yang berada di tempat mengambil dan menurunkan penumpang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon merah dan wad kecemasan hospital swasta terbabit.

“Kemalangan itu juga mengakibatkan empat kenderaan berkenaan termasuk kenderaan dipandu suspek mengalami pelbagai kerosakan.

“Hasil ujian saringan air kencing serta ujian alkohol dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.

kemalangan depan hospital bayi parah
Foto : hmetro

 

hmetro