Beberapa Perkhidmatan Maybank Termasuk Maybank2u Dan ATM Akan Tergendala 4 Mei Ini

0
512

 

Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini dalam satu kenyataan di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa beberapa servis perbankan termasuk perbankan atas talian akan mengalami gangguan pada 4 Mei 2021, bermula jam 11.30 pagi sehingga 11.59 pagi.

Antara servis perbankan Maybank yang tergendala ialah:

• Maybank2u, MAE App, QRPayBiz App & Wealth App

• FPX Online Payments

• Debit Card Transactions

• Self Service Machines (ATMs, Cash Deposit & Cheque Deposit machines)

Bagi mengelakkan sebarang masalah transaksi pada tempoh tersebut, Maybank menasihatkan agar melakukan transaksi lebih awal

Source link