“Belajar pandai2..” – Agong tinjau SOP sekolah, sempoi duduk dalam kelas

0
285

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota di Setapak hari ini. Turut berangkat sama, anakanda Baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut YB Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin.

Seri Paduka Baginda berkenan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah tersebut bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula sejak dua hari lalu (24 Jun, 2020). Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencerminkan keprihatinan tinggi Baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan murid sekolah di seluruh Malaysia yang kembali bertugas dan belajar secara bersemuka setelah hampir tiga bulan sekolah-sekolah diarah tutup berikutan penularan COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para guru dan murid sebelum mengakhiri lawatan kerja ini.

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan semua guru di atas kesiapsiagaan serta persediaan rapi bagi menjamin keselamatan diutamakan dan mengelakkan risiko jangkitan di kalangan guru dan murid sepanjang berada di sekolah.

Seri Paduka Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan.

Seri Paduka Baginda juga memahami ada murid lain yang juga rindu untuk kembali ke sekolah menuntut ilmu, bertemu guru dan kawan-kawan. Semoga murid-murid ini dapat bersabar dahulu buat ketika ini.

Al-Sultan Abdullah mendoakan semoga semua guru dan murid di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.

#agongkita

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau pembukaan semula sekolah yang bermula sejak dua hari lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak. View this post on Instagram 26 Jun 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau

 

View this post on Instagram

26 Jun 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beramah mesra dan bertanya khabar dengan murid-murid di dalam kelas di SMK Danau Kota, setapak, hari ini. Seri Paduka Baginda berkenan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah tersebut bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula sejak dua hari lalu (24 Jun, 2020). Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di sekolah tersebut pada jam 10 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Di dalam lawatan ini, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM dan tatacara kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh para guru, murid dan ibu bapa atau penjaga. Ini adalah penting bagi mencegah penularan wabak COVID-19, khususnya di sekolah-sekolah berikutan pembukaan semula sesi persekolahan untuk kelas peperiksaan awam yang melibatkan murid Tingkatan Lima dan Enam. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah hari ini mencerminkan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan murid sekolah di seluruh Malaysia yang kembali bertugas dan belajar secara bersemuka setelah hampir tiga bulan sekolah-sekolah diarah tutup berikutan penularan COVID-19. Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan semua guru di atas kesiapsiagaan serta persediaan rapi bagi menjamin keselamatan diutamakan dan mengelakkan risiko jangkitan di kalangan guru dan murid sepanjang berada di sekolah. Seri Paduka Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan. Al-Sultan Abdullah mendoakan semoga semua guru dan murid di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT. #agongkita

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here