Berhijab & dah dukung anak, Ariana Grande versi Melayu tular

0
16


Sejak semalam , tular dimedia sosial seorang Instafamous berwajah persis seorang selebriti Hollywood, Ariana Grande. Perkara tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang terkejut kerana wajah individu tersebut begitu mirip dengan penyanyi lagu Thank You, Next itu.

 

Figura yang bernama Nabila Azlan ini merupakan selebriti media sosial yang sudah pun berumah tangga dan mempunyai seorang anak.

Manis berhijab, Nabila Azlan mengakui bahawa dirinya kerap kali disamakan dengan penyanyi antarabangsa tersebut sejak beberapa tahun sudah.

 

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen di Twitter sumber, rata-rata mengakui kebenaran yang dikatakan itu. Wajah wanita tersebut saling tak tumpah seperti Ariana Grande dan hanya dibezakan dengan hijab sahaja.

Sumber : Faliq Fahmie

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here