Bertahun masuk bertanding, berkat sabar Puteh dinobatkan Juara Maharaja Lawak Mega 2019

0
195


Berkat bersabar dan tidak pernah berputus asa, kumpulan Puteh akhirnya berjaya merangkul gelaran juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) dengan embawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Bertemakan ‘bebas’ pada pusingan, Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Man, telah memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama sehingga memperolehi ‘5 HA’ daripada Najip Ali.

Mengekalkan momentum yang baik, i pusingan kedua dengan persembahan menghiburkan dengan mesej yang sampai ke hati penonton, dan mendapat ‘5 HA’ daripada Lisa Surihani. Dengan mata itu, sekaligus mengangkat mereka sebagai juara.

Namun, suasan pada malam itu menjadi sedikit hiba, apabila para penonton mengalirkan air mata selepas Ali memberitahu persembahannya sepanjang berada di pentas MLM 2019, didedikasikan khas buat arwah anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

Umum sedia maklum, begitu banyak dugaan yang ditempuh Puteh ketika Ali terpaksa berdepan dengan kehilangan anak perempuan ketika sedang bertanding dalam MLM 2019.

Turut memberikan persembahan terbaik, kumpulan trio adik beradik, Zero mendapat tempat kedua, membawa pulang wang tunai RM250,000. Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000.

Manakala, J-born dan Rare memperolehi tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. Tahniah diucapkan buat para pemenang.

Sumber : Astro Gempak





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here