“Bila Lisa pakai gini, tak buka aircond tetap sejuk rasa..”

0
802

Tindakan aktres, Lisa Surihani tampil mengenakan hijab telah mendapat pelbagai pujian dan sokongan ramai termasuk rakan selebriti.

Terbaru, aktor dan pelawak popular Zizan Razak turut ‘berpuas hati’ mengenai penghijrahan aktres tersebut yang dilakukan tanpa mengikut kehendak suaminya, Yusry Abdul Halim.

Menurut Zizan, penampilan menutup aurat itu membuatkan bintang utama filem Istanbul Aku Datang tersebut kelihatan semakin ayu dan sejuk mata memandang.

“Sumpah aku tak puas tengok muka @lisasurihani bila dia pakai tudung gini walau semalam rumah tak buka aircond…

“…tetap sejuk rasa. MashAllah you are so STGHONG (strong),” tulisnya di laman Instagram.

Rata-rata netizen tidak menafikan perkara itu, sebaliknya memuji mereka berdua kelihatan tidak ubah seperti adik beradik.

Namun tidak kurang ada juga segelintir mengajuk kembali ayat pelawak berkenaan yang ‘membahan’ kepelatan Lisa apabila menyebut huruf ‘R’.

Sumber : Zizan Razak 

Source link

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here