Brendan Gan Biodata Hero Pasukan Harimau Malaya

0
576
brendan gan


Brendan Gan Biodata Hero Pasukan Harimau Malaya

brendan gan

Sentuhan dan kelincahan yang ditunjukkan oleh Brendan Gan ketika beraksi  di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia 2023, Khamis lalu, memukau jutaan penonton yang menyaksikan perlawanan ini.

Rata-rata penonton begitu bangga dengan prestasi dan .Kejayaan Harimau Malaya yang berjaya mengejutkan  pasukan  Thailand 2-1

Gol  jaringan beliau dan Mohamadou Sumareh pada minit ke-26 dan 56 telah memusnahkan impian Thailand yang telah lama tidak mengalahkan pasukan Malaysia.

Pasukan Harimau Malaysia seterusnya bakal berdepan dengan satu lagi pasukan yang menjadi musuh iaitu  Indonesia di stadium sama pada 19 November ini.

Untuk tatapan peminat yang ingin mengenali siapakah beliau sebenarnya yang menjadi telah menjadi Man of The Match serta menjadi watak penting ketika Harimau Malaya meraih kemenangan pada malam itu.

Biodata Brendan Gan

1. Nama sebenarnya, Brendan Seng Ling Gan. Dikenali umum sebagai Brendan Gan.

2. Lahir pada 3 Jun 1988. Berumur 31 tahun.

3. Kelahiran Sutherland Shire, Australia. Juga dibesarkan di sana.

4. Berketinggian 1.78 meter.

5. Berdarah campuran Malaysia dan Australia. Bapanya, Michael Eng Sen Gan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, manakala ibunya, Susan Louise Gan dari Sydney, Australia.

6. Merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik yang juga merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga.

7. Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengurusan Acara dan Perniagaan.

8. Mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Elyse Brooke pada 2017 sebelum dikurniakan anak sulung yang baru dilahirkan seminggu lalu.

9. Merupakan bekas pemain posisi tengah defensif pasukan Kelantan sebelum beralih menyertai skuad Perak.

Fakta Menarik

  • Berjinak-jinak dengan sukan bola sepak sejak usia enam tahun kerana pengaruh bapanya yang ‘gila sukan’.
  • Mula merencana kerjaya sebagai pemain bola ketika masih menuntut di sekolah tinggi.
  • Juga meminati sukan renang, tenis dan ragbi.
  • Mendapat kerakyatan Malaysia pada Mac 2014.

Foto

Kredit foto: Instagram Brendan Gan

Video

Kredit video: youtube

Sumber:

1. Wikipedia Brendan Gan

2. Kenali Brendan Gan, ‘Midfielder’ Perak Yang Tampan Dengan Kisah Inspirasi Menyentuh Hati

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here