“Budak ni tanya, mana abg Fad & Abam, dia tak sedar Bocey tinggal 2.” -Achey

0
20


Hampir seminggu pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam. Namun begitu, sejak dari awal pemergiannya, pusara yang terletak di Sungai Pusu, Gombak itu tidak putus dihadiri oleh orang awam.

Selain itu juga, satu demi satu kebaikkan yang arwah telah lakukan semasa hidup terus disebut-sebut sehingga menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Para Sahabatya seperti Achey dan Fad Bocey juga tidak putus-putus berkongsi kerinduan di Instagram masing-masing sehingga membuatkan warganet menitiskan air mata.

Terbaru, Achey telah berkongsi kisahnya bertemu seorang kanak-kanak di masjid yang begitu senang apabila dapat berjumpa dengan selebriti kegemarannya.

Menurut Achey, kanak-kanak tersebut sempat bertanya kepadanya dimanakah Fad dan Abam kerana hanya Achey sahaja berada disitu. Pelawak itu hanya tersenyum dan menganggap kanak-kanak tersebut tidak menyedari bahawa Bocey hanya tinggal berdua.

Tambah Achey dalam perkongsian itu, mereka bersabahat bertiga sememangnya sementara, namun kumpulan Bocey akan kekal selamanya.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat Achey, rata-rata netizen masih terkesan dengan kehilangan Abam. Mereka juga menzahirkan rasa sedih diatas pemergian allahyarham Isnin lepas.

Mereka turut sempat menitipkan doa serta berharap agar Achey, Fad serta ahli keluarga Abam terus bersabar dan redha dengan ketentuan daripada Allah S.W.T.

Sumber: Achey Bocey





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here