Budak2 Sekolah Kurang Ajar… Hantar Mesej PM Mintak Jangan Buka Sekolah

0
9298

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tarikh untuk murid-murid kembali ke sekolah dalam satu sidang media khas oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pada awal bulan Julai yang lepas.

Kementerian Pendidikan telah memaklumkan murid-murid di Tingkatan 1 hingga 4 akan akan kembali semula ke sekolah masing-masing pada 15 Julai 2020.

Bagi murid di  sekolah rendah pula, tarikh untuk mereka kembali ke sekolah adalah pada  22 Julai 2020 iaitu selang seminggu daripada tarikh murid sekolah menengah dibuka.

Setelah keputusan ini dimaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia itu, terdapat juga mereka yang masih lagi ingin meneruskan cuti mereka dan tak mahu pergi ke sekolah.

Ini dapat dilihat daripada beberapa respon kurang ajar oleh beberapa orang pemilik akaun twitter dan dipercayai memang murid sekolah yang menulis komen-komen tak mahu ke sekolah pada tarikh yang telah diumumkan itu.

Salah seorang pemilik akaun Twitter telah berkongsikan perkara itu adalah Fateh.

Ada juga pelajar yang bertanya sendiri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bahasa yang cukup kurang ajar di dalam instagram rasmi beliau.

Malah ada juga yang meminta virus corona ini merebak semula supaya semua sekolah ditutup.

Ekoran daripada perkongsian oleh warga twitter itu, kebanyakan netizen merasa cukup marah dan bengang dengan perbuatan sebilangan kecil murid-murid yang mencerminkan sikap buruk mereka itu.

Sumber: rizdaniel, nurfateh

Source link