Selepas tiga tahun beroperasi, personaliti fesyen dan pelakon Wak Doyok mengumumkan akan menutup butik miliknya yang terletak di Starvilion, Shah Alam tidak lama lagi.
Menerusi laman Instagram, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor terpaksa mengambil keputusan itu setelah melalui fasa yang mencabar ketika ini.
Disebabkan perkara tersebut, personaliti berusia 40 tahun itu mengadakan jualan terakhir secara lelong bermula hari ini 24 Jun hingga 5 Julai depan.
“Sedih rasa di hati, tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama tiga tahun di Starvilion. Susah bila keadaan terus menduga macam ni.
“Wak nak bagi perintah tutup syarikat pun sedih, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka cuba sekali lagi, jualan yang terakhir dari Starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu-jemu sokong Starvilion selama ini.
“Koleksi yang kami ada semua memang elok dan cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua tolong kongsi posting ni, terima kasih,” tulisnya.
Menurut pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu lagi, jualan lelong diadakan dengan harga serendah RM1 selain memberi 5,000 pasang secara percuma Baju Melayu Wak Doyok di butik dan laman web Starvilion.
“Kepada frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.
‘”Jualan terakhir Starvilion, Bismilah. Kita tutup dulu, nanti insya-ALLAH kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. Insya-ALLAH. Doa-doakan Wak dan team Starvilion,” katanya.
Pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew menawarkan 100 pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di 10 cawangan pasar raya miliknya Elews Mart...
Kakak kepada penceramah terkenal, ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa iaitu ustazah Nor Hayati Musa meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di sebuah...
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tarikh untuk murid-murid kembali ke sekolah dalam satu sidang media khas oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md...
Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Minoriti (DPM), Mohd Zulkifli Abdul Fattah memuji tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang berjaya mengusir warga asing...
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan terhadap krisis ekonomi negara dan seluruh dunia hingga menyebabkan pelbagai sektor menerima kesan yang turut menjejaskan ekonomi bagi sebuah...