Captain America Hadiahkan Perisai Kepada Kanak2 Selamatkan Adiknya Diserang Anjing

0
547

Chris Evans yang memegang watak superhero Captain America akan menghadiahkan sebuah perisai miliknya kepada seorang kanak-kanak lelaki yang selamatkan adik perempuannya dari diserang anjing liar.

Beliau telah menyampaikan satu mesej video yang dirakam olehnya kepada Bridger Walker, 6.

captain america hadiahkan perisai besi asli kpd bridger walker
Foto Instagram nicolenoelwalker

Kanak-kanak tersebut menjadi hero kerana telah menyelamatkan adiknya itu dari diserang seekor anjing hingga menyebabkan kanak-kanak itu turut cedera  parah dan perlu menjalani pembedahan selama 2 jam dan menerima 90 jahitan di wajahnya.

View this post on Instagram

There are no words. We are so, so thankful.

A post shared by Nikki Walker (@nicolenoelwalker) on

Makcik kepada kanak-kanak tersebut telah berkongsikan video tersebut di instagram miliknya.

Berikut adalah terjemahan rakaman video dari Chris Evans, Captain America

“Captain America disini, saya ada cerita tentang awak, saya nampak apa yang awak buat dan saya pasti awak dah banyak kali dengar pasal ni sejak beberapa hari ini, namun biar saya jadi yang seterusnya untuk beritahu awak, kawan, awak seorang wira, apa yang awak buat tu adalah sangat berani, sangat tidak mementingkan diri sendiri, adik awak sangat bertuah kerana memiliki abang seperti awak. Ibu bapa awak pasti sangat berbangga dengan awak,”

“Saya akan cari alamat awak dan saya akan kirimkan perisai Captain America yang asli kerana awak tahu kenapa kawan? Awak layak untuk mendapatnya”, katanya lagi.

Bridger Walker, 6, saved his sister from a dog attack.
Foto dari CNN Entertainment

Menurut ayah kanak-kanak tersebut, ketika ditanya kepada Walker kenapa dia berani melindungi dan berdepan dengan anjing itu selamatkan adik perempuannya, dia menjawab

bridger walker dan adik perempuannya
Foto instagram nicolenoelwalker

“kalau salah seorang daripada kami yang patut mati, saya rasa sayalah yang sepatutnya,” – walker

Selain daripada bintang filem ‘Avengers’, Walker lelaki itu juga berjaya menarik perhatian pelakon Hollywood, Anne Hathaway.

Anne Hathaway makes red carpet return after baby at Critics ...
Foto dari pagesix.com

“Saya bukan ahli Avenger, tapi saya tahu seseorang itu adalah adiwira sejurus selepas saya melihatnya,”

Bintang Hollywood tersebut menulis dalam Instagramnya dan disertakan dengan gambar Bridger dan adiknya. “Saya hanya boleh berharap yang saya ada keberanian seperti awak awak dalam hidup saya, Bridger. Semoga awak cepat sembuh saya ucapkan. Hey @markruffalo (Hulk), awak perlukan rakan pasukan tak?”

Keluarga tersebut menyatakan bahawa bintang hollywood yang rata-ratanya terdiri daripada pelakon filem superhero Avengers adalah antara yang menghubungi kanak-kanak itu untuk memberi kata semangat.

Terima penghargaan dari World Boxing Council

Bukan itu sahaja, tindakan berani budak lelaki ini juga turut mendapat pengiktirafan daripada World Boxing Council.

World Boxing Council telah menganugerahkan gelaran WBC Honorary Champion kerana berjaya memaparkan nilai kemanusiaan yang tinggi atas tindakannya itu.

World Boxing Council juga dilaporkan akan memberikan tali pinggang gelaran tersebut kepadanya.

Sumber: CNN