Cari rezeki ketika PKP, abang Foodpanda solat beralas beg depan pagar surau

0
14


Selain daripada barisan petugas kesihatan dan anggota pertahanan yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pekerja penghantar makanan turut sama berjuang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Mohammed Sunaini Yusop, dia telah memuat naik satu video memaparkan seorang penghantar makanan sedang solat di depan pintu pagar surau.

Hal ini kerana ketika ini surau dan masjid terpaksa ditutup berikutan langkah kerajaan untuk menghentikan penularan Covid-19.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook itu memaparkan lokasi video itu dirakam adalah di Surau Al Mutmainnah, Pandan Perdana dan mendapat lebih daripada 15 ribu tanda suka sejak ia di muat naik semalam.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan pelbagai maklum balas positif. Mereka juga mendoakan agar urusan penghantar makanan itu dipermudahkan dan dilindungi dari sebarang perkara tidak baik ketika mencari rezeki diwaktu PKP ini.

 

 

Sumber : Mohammed Sunaini Yusop





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here