Cari rezeki nak beli baju raya, ‘rider’ Foodpanda maut kemalangan

0
468

Seorang penghantar makanan Foodpanda, Mohd Adib Andy Mohd Ali dilaporkan maut apabila motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori berhampiran Dengkil, Sepang petang semalam.

Berita sedih itu dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Ezzat Tahir dengan memuat naik beberapa keping gambar kejadian selain mengucapkan takziah buat keluarga mangsa.

“Al-Fatihah, mulia sungguh pemergiaanmu di bulan yang barakah. Kerja keras semata2 mencari rezeki buat keluarga nak beli baju raya, Allahuakbar,” tulisnya.

Beberapa ahli keluarga Allahyarham turut berkongsi posting di Facebook masing-masing yang terkejut mendengar berita pemergian remaja tersebut.

Salah seorang ahli keluarga mangsa dikenali sebagai CT Mariam Asri menyifatkan Allahyarham adalah anak yang bertanggungjawab dan gigih mencari rezeki demi membantu keluarga.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi dan diperolehi mengenai kejadian terbabit. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Sumber : Ezzat Tahir , Aveliana Anuar , Bertahta Dihati , CT Mariam Asri

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here