Charlie’s Angels kembali beroperasi, menawarkan perkhidmatan pengintip lebih hebat bersama trio terbaru!

0
21


Penutup bagi tahun 2019, lebih mengujakan terutama buat peminat tegar Charlie’s Angels.Trio pengintip menawan, Charlie’s Angels bakal melaksanakan misi pada tahun ini selepas sekian lama menyepi.

Filem Charlie’s Angels kini kembali dengan barisan pelakon baru dan sentuhan terkini, yang pastinya membuatkan penonton  bermain dengan imaginasi dan deria rasa sensasi kerana aksi kali ini lebih hebat dan mendebarkan.

Setelah trailer Charlie’s Angels ini dikeluarkan, dapat dilihat yang jalan cerita kali ini, akan menonjolkan kepelbagaian sifat serta kepandaian wanita, dan bergabung untuk menyelesaikan misi yang mencabar.

Tiga pelakon wanita hebat telah dilantik dan ditugaskan sebagai Charlie’s Angels yang baru ! Kali ini filem Charlie’s Angels dibintangi oleh Kristen Stewart, Naomi Scott, dan Ella Balinska.

Para peminat sudah semestinya dijanjikan dengan kepuasaan setelah menonton gerak geri gempak yang disajikan oleh generasi baru Charlie’s Angels.

Francais Charlie’s Angels ini sendiri ditubuhkan dan terkenal kerana menampilkan wanita-wanita dengan kemahiran yang luar biasa dan terlatih, yang mampu menyelesaikan misi yang merbahaya tanpa bantuan lelaki.

Trio Charlie’s Angels sekali lagi, berjaya membuktikan dan lari dari stereotaip masyarakat, mengenai wanita tidak selemah seperti yang selalu diperkatakan.

Dengan barisan wanita yang bijak, paling berani dan antara yang terlatih di seluruh dunia, kini pasukan Angels yang diketuai oleh beberapa orang Bosleys, mengambil risiko untuk menyelesaikan misi paling sukar diserata dunia.

Apabila jurutera sistem muda mula meniup peluit, ini adalah isyarat buat Charlie’s Angelsuntuk siap sedia beraksi, walaupun bakal mengorbankan diri mereka sendiri.

Filem Charlie’s Angels ini dijangkakan bakal menemui para penonton pada 14 November 2019!

Jadi jangan lupa, save-the-date untuk menyaksikan misi yang mengagumkan oleh generasi baru Charlie’s Angels, yang pastinya boleh buat anda mind blown dalam pawagam.





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here