“Cinta tanpa rasa hormat.” -Tunang Intan Najuwa kesal diri tak dihormati sebagai tunang

0
373


Pelakon cantik jelita, Intan Najuwa kebelakangan ini melonjak naik kerana terpalit dalam beberapa kontroversi yang melanda dirinya. Pada mulanya, hanya majlis pertunangan menjadi bualan ramai kerana tunang Intan Najuwa ini mempunyai jarak umur yang berbeza dari dirinya.

Tak terhenti disitu, pelakon yang berusia 22 tahun ini pernah tular kerana aksi mesranya didukung oleh Idris Khan mendapat kecaman hebat daripada para netizen dan peminat. Malah, Intan Najuwa telah mengeluarkan kenyataan untuk membidas kecaman yang dilemparkan.

Setelah itu, fotonya yang bermesraan dipeluk oleh Zul Ariffin juga telah tular di media sosial. Tetapi, foto berkenaan dikatakan diambil sebegitu rupa kerana mereka berdua telah digandingkan bersama dalam sebuah drama.

Tindakan dan gambarnya itu meninggalkan rasa yang tidak senang hati netizen dan juga tunang Intan Najuwa sendiri.

 

Tunangannya yang dikenali sebagai Fazrul Anwar Rulis telah menulis dan memuat naik satu kenyataan melalui Insta Storynya, sehinggakan menarik perhatian ramai.

Dapat dilihat penulisannya itu, dia meluahkan kekecewaan dan kekesalan disebabkan kontroversi yang terpalit pada diri Intan Najuwa. Fazrul Anwar merasakan dirinya seakan-akan tidak dihormati sebagai seorang tunang.

Walau apapun, diharapkan agar hubungan mereka berdua baik-baik sahaja. Anggap semua perkara ini sebagai sebuah ujian pertunangan yang dapat mengukuhkan lagi ikatan antara mereka berdua.

Sumber: Rotikaya.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here