Covid-19: Kembali ke satu angka, hanya 2 kes positif tanpa sebarang kematian

0
27


Walaupun tiada sidang media dilaporkan pada hari ini, Perkembangan berkaitan pendemik Covid-9 di Malaysia masih dimaklumkan menerusi laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Facebook rasmi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada hari ini, jumlah kes positif yang dilaporkan sudah kembali ke satu angka apabila hanya 2 kes dilaporkan. Lebih melegakan apabila tiada sebarang kematian dicatatkan juga.

Selain itu, sebanyak 20 kes dimaklumkan sudah sembuh dan dibenarkan untuk dicaj daripada wad. Manakala hanya 4 kes sahaja di Unit Rawatan Rapi dengan 1 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

 

 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menyertakan sekali jumlah keseluruhan bagi kes positf di Malaysia serta jumlah kes yang telah sembuh. Jumlah kematian juga masih kekal seramai 121 orang sejak pendemik ini menular sekitar pertengahan Mac 2020.

 

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here