Dahulukan rakyat, Johor haramkan warga asing menjaja & bekerja di pasar

0
2450


Lambakan pekerja asing di Malaysia semamangnya amat membimbangkan sejak dari dulu lagi. Sehingga, mereka ini mempelopori bidang perniagaan dan juga kerja yang seharusnya diberi keutamaan kepada warga tempatan dahulu.

Bagi membela nasib rakyat tempatan, kerajaan negeri Johor mengambil tindakan dengan memastikan tiada lagi warga asing yang akan menjadi penjaja mahupun diambil bekerja di pasar awam serta premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan ( PBT) di negeri itu.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil, kesemua 16 PBT di negeri Johor akan disemak dan setiap premis akan dilakukan pemeriksaan dibawah Undang-Undang Kecil Penjaja PBT negeri.

Tindakan seperti pembatalan lesen berniaga dan melucut hak pemilikan premis perniagaan PBT  bakal dibuat jika mendapati warga tempatan memberi peluang kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan di situ.

Perkara ini termasuklah warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menggunakan nama pasangan untuk membuka kedai dan menjalankan perniagaan. Tambahan pula, warga asing juga tidak dibenarkan untuk menjadi pekerja di pasar awam dan premis perniagaan milik PBT.

Sekali gus, cara ini dilihat sebagai satu jalan penyelesaian bagi membanteras kegiatan perniagaan secara haram.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri akan mendahulukan peniaga tempatan tatkala keadaan ekonomi kini yang terjejas akibat COVID-19, seterusnya membuka peluang pendapatan kepada warga tempatan.

Sumber: Nor Azura Md Amin (Sinar Harian).





Source link