“Masa di Mekah, ada makcik ni doakan saya dapat anak kembar 3…” Alhamdulillah Allah makbulkan

0
386


Dapat 3 Anak Kembar Berkat doa seorang makcik yang dijumpai wanita ini ketika di Mekah.

Sebelum ini telah viral mengenai perkongsian oleh seorang wanita yang berasa amat teruja kerana  buat kali pertama dia menyambut kemeriahan Aidilfitri bersama tiga anak kembar yang comel, setelah menanti lima tahun untuk dikurniakan cahaya mata.

Kisah ini telah menerima banyak maklum balas serta perhatian daripada netizen, malah ianya telah menjadi inspirasi terutamanya kepada pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

Baca : Isteri gugur 2 kali, lelaki ambil bayi dibuang sebagai anak angkat

dapat anak kembar 3

Wanita ini berkongsi cerita di sebalik anugerah yang amat bermakna ini ini, wanita yang kini menjadi ibu kepada 3 anak kembar yang comel ini telah berkongsikan kejadian yang berlaku semasa lima tahun lepas, sebelum dia dikurniakan cahaya mata.

Beliau serta suaminya telah berpeluang menunaikan haji sekitar 2 tahun lepas, dan semasa di Mekah, dia telah berkenalan dengan seorang mak cik yang telah mendoakan dia dikurniakan anak kembar 3.

Pada permulaannya dia berasa perkara itu adalah biasa, namun selepas mendapat berita bahawa dia hamil anak kembar 3, baru dia menyedari doa mak cik tersebut.

dapat anak kembar 3

dapat anak kembar 3

dapat anak kembar 3

Muat naik tersebut turut mendapat perhatian ramai, mereka terharu mendengar kisah daripada wanita ini dan mendoakan semoga mereka mampu memiliki cahaya mata suatu hari nanti.

Sumber : Raihana Kadir

 

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here