Dapat jangkitan dari kenduri kahwin, 39 staf Hospital Teluk Intan positif Covid-19

0
18


Peningkatan jangkitan kini bukan sahaja meningkat dalam kalangan orang awam, malah para petugas kesihatan juga turut merasa tempiasnya.

Menerusi maklumat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setakat hari ini dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukanlah disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Sebaliknya jangkitan bagi 47 kes (64.4 peratus) adalah berkaitan majlis perkahwinan yang dihadiri mereka, yang menghadiri perhimpunan tabligh.

Punca lain adalah, terdapat kakitangan yang mempunyai sejarah melawat ke luar negara dan kontak keluarga yang positif COVID-19.

Berdasarkan graf yang dikongsikan, 80 orang kakitangan yang disahkan positif Covid-19 datang daripada 30 hospital seluruh Malaysia.

Antara yang mencatat jumlah tertinggi adalah dari Hospital Teluk Intan, Perak yang iaitu seramai 39 orang kakitangan hospital yang dijangkiti virus.

Sehubungan dengan itu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan.

Sumber : Noor Hisham Abdullah





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here