“Depan mertua tu pakai elok sikit..” – Bakal jadi ibu, netizen tegur Izara Aishah

0
25


Semalam, pelakon jelita Izara Aishah mengadakan majlis ‘baby shower’ sementara menunggu cahaya mata perempuan yang akan dilahirkan April nanti.

Majlis bertemakan warna hijau itu meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat termasuk ibu mertuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Walau bagaimanapun, penampilan pelakon berusia 27 tahun itu mengundang teguran warganet yang dikatakan tidak sesuai untuk wanita hamil apatah lagi akan bergelar seorang ibu tidak lama lagi.

Rata-rata berpendapat bahawa pelakon filem J Revolusi itu sepatutnya berpakaian lebih sopan di hadapan mertua dan tampil labuh menutup lutut.

Namun terdapat juga segelintir individu bersangka baik dengan mengatakan Izara memakai seluar berwarna kulit sehingga menimbulkan kecaman netizen lain.

Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.

Sumber : ctdk , teezac





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here