Dibuang kerja, lelaki sempat buat video sebelum rempuh kilang & maut dilanggar treler

0
829

Seorang bekas pengurus kilang dipercayai telah menceroboh dan merempuh masuk ke kawasan kilang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic dalam satu kejadian di Ipoh malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan lelaki berusia 52 tahun telah diberhentikan perkhidmatan oleh majikannya dipercayai menjadi punca utama dia berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata lelaki itu merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang sebelum membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang…”

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Namun, kilang tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1 juta.

A Asmadi berkata, lelaki itu kemudiannya dipercayai disyaki maut dilanggar treler pada 7.45 di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu. Dikatakan, dia sengaja melintas ketika kenderaan itu lalu.

Bagaimanapun, terdapat video tular di media sosial didakwa milik lelaki terbabit sebelum kejadian yang menceritakan dia tidak berpuas hati dengan bonus serta gaji dipotong atas alasan prestasi kerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro (Balqis Jazimah Zahari) & Eswari Garg

Source link