Didakwa siksa, bunuh anak tiri, pengganggur berdepan hukuman mati

0
313

NASIB seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang menderita sebelum menemui ajal angkara perbuatan dera bapa tirinya bakal mendapat pembelaan apabila lelaki itu dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Bapa tiri mangsa yang juga seorang penganggur berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun, hari ini atas kesalahan membunuh anak tirinya di Yan, Kedah bulan lalu.

Tertuduh, Sofiyudin Abu Bakar, 28, bagaimanapun hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.

AMGGOTA polis membawa tertuduh, Sofiyudin Abu Bakar ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun, hari ini atas kesalahan membunuh anak tirinya. Gambar Harian MetroBerdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Aqil Hairi Mohd Azrul berusia dua tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 19 3/4 Jalan Yan-Guar Chempedak, Yan sekitar jam 7.30 hingga 8 malam pada 25 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kedah, Nurul Waheda Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

NMP pada 26 Mei lalu menyiarkan kisah penderitaan seorang kanak-kanak berusia dua tahun menempuh sengsara akibat didera bapa tiri sehingga mengalami kerosakan dalaman abdomen, koyakan pada hati serta lebam pada usus sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Kanak-kanak malang itu menghembuskan nafas terakhir ketika dipukul menggunakan objek tumpul oleh bapa tirinya.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama, isteri tertuduh, Nurul Natasha Roslan,23 yang sebelum ini turut ditahan bersama tertuduh bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah berjumlah RM10,000.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh yang berbaju kemeja merah dan seluar jeans serta isterinya yang berbaju kurung biru tiba di perkarangan mahkamah jam 9 pagi diiringi anggota polis.

Malah, sebaik selesai prosiding tertuduh dilihat bersalaman serta mencium dahi dan pipi isterinya.

Pada 27 Mei lalu, polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang mati akibat didera dalam kejadian di Batu 19 3/4 Jalan Yan-Guar Chempedak, Yan

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here