Reaksi Janna Nick Bila Netizen Kantoikan Perkahwinannya Dengan Dini Azan Schatzmann di Thailand

0
304

KUALA LUMPUR: Pelakon k4cukan kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann mengharapkan doa yang baik-baik agar hubungan cintanya dengan Janna Nick berjaya menempuh fasa perkahwinan.

Biarpun seusai Ramadan membuka tirai, kisah pasangan kekasih dua sejoli itu kahwin lari di Satul, selatan Thailand kecoh diperkatakan apabila ada individu mendedahkannya menerusi laman Twitter, ia sedikitpun menjejaskan hubungan yang terjalin sejak hampir dua tahun lalu.

“Sudah tentu dalam hubungan serius, kami merancang untuk ke peringkat perkahwinan. Bagaimanapun, apa yang boleh dikatakan, hubungan masih pada peringkat awal dan hanya mampu merancang. – BH

Hubungan serius, Janna sudah menemui ibu Dini

“Sekiranya semuanya ditetapkan, pasti saya akan berkongsi berita gembira ini. Janna juga sudah beberapa kali menemui ibu saya,” katanya kepada BH Online.

Mengimbas pertemuan hingga menimbulkan bibit cinta, Dini berkata, kali pertama bertemu Janna ketika menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku pada Julai 2018.

“Ketika itulah, saya tertarik dengan karakter, personaliti dan cara Janna bekerja. Janna, luaran nampak kasar, tetapi dia seorang yang sangat lembut dan penyayang. Saya jatuh cinta dengan personalitinya.

“Janna banyak membantu saya menghafal skrip dan lakonan. Selepas habis penggambaran drama Bukan Cinta Aku, Janna menghubungi saya dan minta tolong melatihnya bersenam. Sejak itu, kami saling mengenali dan menjadi lebih rapat,” katanya.

Bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada itu berkata, dia dan Janna tidak terkesan dakwaan kahwin lari di selatan Thailand apabila maklumat pernikahan termasuklah nama penuh dan nombor kad pengenalan didedahkan, malah lebih selesa mengambil langkah mendiamkan diri.

Ini Reaksi mereka

“Jika ditanya mengenai reaksi saya, saya tidak ada sebarang reaksi. Kami belum berkahwin seperti yang didakwa.

Saya tidak terkesan dengan dakwaan berkenaan.

“Lagi pula, ia dilakukan akaun p4lsu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita ini, jadi mengapa kami perlu terkesan. Bagaimanapun, saya kesal ada yang berniat jahat mahu menjatuhkan reputasi dan nama baik saya dan Janna pada bulan Ramadan.

“Kekecohan ini berlaku pada malam pertama Ramadan. Saya terkejut dan tak menyangka ada orang yang ingin membuka buku amalan pada bulan mulia dengan melakukan fitnah,” katanya.

Sehubungan itu, bagi menghormati Ramadan, pelakon Cemburu Seorang Perempuan itu berkata, dia tak berhasrat memanjangkan isu ini.

“Tak mengapalah, apa yang lebih penting, saya mahu menumpukan perhatian pada ibadat puasa,” katanya. – BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit : BH Olahan by Media Viral

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here