Dituduh hina petugas hospital, Azwan Ali berdepan hukuman penjara, denda rm17,000

0
11


Bekas pengacara, Azwan Ali dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di ibu kota selepas mengaku bersalah membuat penghantaran yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.

Selebriti berusia 54 tahun itu dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan atau nama penuhnya Mohamed Azwan Ali menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Terdahulu, beliau didakwa membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu melalui aman Youtube “DIVAAATERSOHOR”.

Sumber : BH Online





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here