Dr Sheikh Muszaphar bakal dapat anak kembar lagi, isteri kini hamil 13 minggu

0
188


Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita gembira apabila isterinya Dr. Halina Mohd Yunos kini sedang berbadan dua.

Menerusi laman Instagram miliknya, figura berusia 47 tahun itu meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan cahaya mata keenam tidak lama lagi.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau hilang kata-kata apabila mengetahui isterinya yang berusia 40 tahun itu menghamilkan kembar dengan usia kandungan mencecah 13 minggu.

“Expecting Twins again. Alhamdulillah, yukur teramat. Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins. I’m just thrilled, speechless and over the moon.
“It’s like DejaVu all over again. We have always wanted a big family,” tulisnya.

Walau bagaimanapun tambah beliau, proses kehamilan serta alahan menjadi cabaran buat isterinya apatah lagi sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan bagi merawat pesakit Covid-19.

“But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before. Double Nauseous. Double Vomiting. Double Bloating. Double Craving. Double Bleeding – which she did.
“It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect,” katanya.

Posting berkenaan dihujani pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut mengucapkan syukur dan tahniah kepada pasangan itu atas kurniaan zuriat akan datang.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2010 dan dikurniakan dengan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber : Dr Sheikh Muszaphar Shukor





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here