Home Trending “Duit itu dicuri…” – Pemilik wang kertas RM10 pemberian terakhir ayah, sudah...

“Duit itu dicuri…” – Pemilik wang kertas RM10 pemberian terakhir ayah, sudah ditemui

0
31


Semalam telah tular mengenai seorang pengguna Facebook dengan nama akaun, Hyza Ezany telah meminta orang ramai membantunya mencari pemilik terdahulu sekeping wang kertas RM10.

Ini kerana, wang tersebut sebenarnya mempunyai nilai sentimental kerana tertera tulisan menggunakan pen yang menyatakan bahawa wang kertas itu adalah pemberian terakhir ayah kepada anaknya.

Tulisan yang tertera pada wang kertas RM10 adalah ‘The last cash given by dad’, yang bertarikh 21 Mei 2010 kini sudah pun berada di tangan pemiliknya semula.

Alhamdulillah 🤲❤️ ❤️Dah jumpa tuan!!!#KuasaViral#KeranaAndaSemuaThank you very much!Anne Malar Yesudass, may your dad ‘rest in peace’

Posted by Hyza Ezany on Sunday, December 1, 2019

Rupanya, ia pernah dimiliki oleh seorang wanita bernama Anne Malar yang kehilangan ayahnya sejak 10 tahun yang lalu, tidak menyangka akan mendapat semula wang yang pernah diberikan mendiang ayahnya dahulu.

Rupanya, kisah disebalik duit itu lebih menyedihkan, menerusi perkongsian pemilik terdahulu, duit belanja sekolah yang diberikan oleh mendiang ayahnya, sebelum maut dalam kemalangan pada hari yang sama.

Lebih pilu, duit tersebut sebenarnya telah dicuri ketika dia mengikuti satu program pada 1 September 2018, membuatkan dirinya begitu sedih kerana itulah kenangan terakhirnya bersama mendiang ayahnya.

I found the person holding on to this now… Tq so so so so so so so so so much dear all…. It was my most valuable…

Posted by Anne Malar Yesudass on Sunday, December 1, 2019

Justeru itu, Anne sangat berterima kasih kepada wanita yang telah sudi memulangkan semula wang tersebut, kerana walaupun nilainya kecil tetapi besar maknanya.

Tersentuh dengam kisah disebalik wang 10 ringgit ini, ramai yang memuji tindakan pengguna Facebook tersebut yang sanggup melepaskan wang itu dan mencari pemilik terdahulunya.

Perkara yang paling berharga adalah sebuah kenangan bersama insan yang disayangi, tumpang gembira melihat pemilik itu telah berjaya mendapatkan semula wang terakhir pemberian ayahnya.

Sumber : Hyza Ezany & Anne Malar Yesudass





Source link

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here