Duit lesap dah dikembalikan, pemuda mualaf tampil mohon maaf berkali2

0
13


Sebelum ini, tular dimedia sosial apabila seorang lelaki tampil meminta pertolongan di Facebook ekoran wang yang berada di mesin ATM miliknya diambil oleh individu di mesin sebelahnya.

Rakaman CCTV tersebut tular sehingga mengundang kecaman daripada warganet berhubung tindakan individu tersebut yang mengambil kesempatan diatas kealpaan orang lain.

Semalam, pemilik wang tersebut, Ishak Ibrahim telah tampil memberitahu umum bahawa dia sudah mendapatkan kembali duit yang telah diambil oleh seorang pemuda itu.

Menurutnya, pemuda tersebut telah datang dan memulangkan kembali duit yang lesap tempoh hari kepada Ishak. Pihak majikan individu yang mengambil duit itu turut memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

Pemuda mualaf yang bertemu dengan Ishak turut berkali-kali memohon kemaafan kerana menyebabkan masalah kepadanya Ishak.

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen sumber, rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur dan memuji tindakan Ishak yang tetap melayan pemuda itu dengan baik.

Mereka juga berharap apa yang berlaku  menjadi pengajaran kepada semua kerana mengambil hak orang lain adalah tindakan yang sangat tidak wajar serta memberi persepsi buruk kepada majikan.

Sumber : Ishak Ibrahim

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here