Dulu jual nasi lemak, Apex Tajudin tekad ubah nasib keluarga juarai Mentor 2019

0
234


Malam semalam telah berlangsungnya Konsert akhir Mentor Milenia di saluran TV3. Pada konsert tersebut, empat protoge yang dibimbing oleh empat mentor telah pun membuat persembahan memukau dan juara juga telah diumumkan.

Para mentor yang bersaing membawa protoge maisng-masing adalah Hazama (Apex Tajudin), Stacy (Rika Riana), Black (Aedy Kama) dan Ernie Zakri (Daus Husny).

Malam itu, Hazama dan Apex Tajudin telah menggondol gelaran juara dan sekali gus membawa pulang Rm100,000, trofi serta motosikal. Apex atau nama sebenarnya  Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, membawakan lagu Merisik Khabar dan Fantasia Bulan Madu duet bersama mentornya.

Menerusi Harian Metro, Apex menjelaskan bahawa dia benar-benar bersyukur kerana berjaya memenangi Mentor Milenia 2019 kerana memang tekadnya untuk mengubah nasib keluarga memandangkan sebelum ini dia hanya seorang penyanyi jalanan dan isteirnya sekadar berniaga nasi lemak di hadapan rumahnya di kampung.

Ditanya mengenai wang kemenangan, dia akan menunaikan hasrat untuk membawa keluarga menunaikan umrah serta membeli rumah untuk didiami isteri dan anaknya.

Dia juga merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan nasi lemak yang diusahakan bersama isteri.

“Saya benar-benar berharap kejayaan ini bakal mengubah nasib keluarga saya kepada lebih baik. Apalagi saya cuma seorang penyanyi jalanan dan isteri peniaga nasi lemak kecil-kecilan.”

Berkat kerja keras serta tunjuk ajar daripada Mentor, Apex Tajudin berjaya menggenggam gelaran juara sekali gus membawa hadiah utama pertandingan.

Selain daripada menerima hadiah tersebut, pemuda kelahiran Terengganu ini juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir berserta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000, dan dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Sumber : Harian Metro, Tv3

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here