Ebit Lew berduka, sahabat baik ‘pergi’ menghadap Ilahi disebabkan kanser

0
25


Nama pendakwah terkenal Ebit Lew sejak covid-19 menular kerap kali menjadi sebutan. Bantuan yang diberikan kepada frontliner dan juga orang sekeliling betul-betul mengharukan kerana banyak sumbangan yang memberi manfaat kepada semua.

Dari bekalan topeng penutup mulut, makanan dan juga keperluan bagi kemudahan barisan petugas kesihatan di hospital semuanya dibantu oleh Ebit Lew yang diniatkan kerana Allah S.W.T.

Namun, pada hari ini, pendakwah itu telah diuji apabila sahabatnya yang sama-sama berdakwah di jalan Allah pergi menghadap Ilahi.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri olehnya menerusi Facebook apabila menzahirkan rasa sebak kerana kehilangan sahabat yang

Tambah pendakwah itu lagi, sahabatnya yang dikenali sebagai Wad Drawadi ini adalah insan yang sama-sama berdakwah di kelab malam, dijalanan  dan dataran tidak kira waktu siang ataupun malam. Mereka juga adalah jemaah tabligh yang sama-sama keluar menyebarkan syiar Islam.

Namun, Ustaz Wadi diuji apabila menghidap kanser dan meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 4 pagi. Menurut Ebit Lew lagi, allahyarham adalah insan yang banyak berkongsi ilmu dengannya dan dia amat terasa diatas kehilanganan ini.

Dikesempatan itu, Ebit Lew sempat memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan di syurga Firdausi kerana Ustaz Wadi merupakan insan yang tabah berikutan tetap keluar berdakwah walaupun sudah disahkan mempunyai kanser.

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh Ebit Lew itu telah pun mendapat ratusan ucapan takziah daripada warganet. Mereka turut mendoakan agar roh sahabatnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarganya tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.

 

Sumber : Ebit Lew





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here