Enggan Berhentikan Motosikal, Remaja Cedera Ditembak Polis

0
250


Seorang remaja lelaki cedera di lengan kiri didakwa akibat ditembak seorang anggota polis trafik gara-gara tidak memberhentikan motosikal dinaiki mangsa dan rakannya selepas diarahankan oleh anggota polis terbabit untuk berhenti.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di Jalan Langgar berhampiran Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, mangsa, Mohamad Alif Aiman Anuar, 21 tahun, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Alor Mengkudu, dengan membonceng motosikal rakannya.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Mahmood, 49 tahun memberitahu, dia difahamkan anaknya itu ditembak anggota terbabit selepas melanggar lampu isyarat di jalan berkenaan menyebabkan mangsa cedera di bahagian lengan kiri.

“Kini, anak ditempatkan di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dimaklumkan akan menjalani satu pembedahan mengeluarkan sebutir peluru pada malam ini,” – Hashimah Mahmood.

Hashimah pada mulanya menyangkakan anak lelakinya itu hanya mengalami kemalangan biasa tetapi terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan anaknya mengenai kejadian sebenar.

Hashimah mengaku anaknya dan rakannya salah kerana tidak menghentikan motosikal selepas melanggar lampu isyarat, tetapi tidak berpuas hati apabila polis melepaskan tembakan.

Menurut Sinar Harian, mangsa menceritakan bahawa anggota polis itu melepaskan tembakan pada bahagian tayar motosikal dinaiki mereka sebelum dipercayai tersasar mengenainya.

“Malah, kami sedih apabila anak dibiarkan dalam keadaan berlumuran darah, malah rakan anak yang menelefon majikan memaklumkan kejadian untuk menghubungi ambulans,” – Hashimah Mahmood.

Hashimah terus membuat laporan polis kerana hendak menuntut keadilan untuk anak lelakinya yang berkemungkinan akan cacat seumur hidup dipercayai selepas terkena tembakan berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here