Fazura Kongsi Foto Baby Bump semasa Appoinment Doktor, Ramai Puji Nampak Comel

0
445

Setelah mendirikan rumahtangga pada 2017, pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura akhirnya bakal menimang cahayamata pertama mereka tidak lama lagi. Berita gembira mereka itu dikongsikan oleh Fattah Amin sendiri menerusi laman Instagram miliknya.

Berita pasangan ini yang bakal mendapat anak sulung itu mencuri perhatian ramai dan sudah tentunya membuatkan ada yang tidak sabar menantikan ‘Fattzura junior’ lahir ke dunia. Malah tidak henti-henti peminat mereka mendoakan kesejahteraan ibu dan anak yang masih di dalam kandungan.

Terbaru, Fazura kongsi foto terkini dirinya yang sedang duduk di kerusi dengan lengkap berhijab menerusi laman Instagram peribadi milik pelakon ini. Di ruangan kapsyen, Fazura memberitahu dia menghadiri temujanji doktor.

Foto Fazura berhijab dengan kandungannya itu membuatkan ramai memuji selebriti ini yang nampak sangat berseri-seri. Berikut adalah foto yang dikongsikan oleh pelakon Gol dan Gincu ini:

Perkongsiannya itu telah meraih lebih 65 ribu likes biarpun tidak sampai sejam dimuatnaik di laman Instagram dengan nama akaun Missfazura itu.

View this post on Instagram

Doctor’s appointment. ✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Rata-rata rakan selebriti dan peminatnya di laman Instagram memuji penampilan Fazura tersebut dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Berseri-serilah mummy ni”

“Eee comel masyaallah so cute with a baby bump”

“Comeynya baby bump. Semoga dipermudahkan”

Menerusi Fazura kongsi foto terkini dirinya itu, memang nampak berseri sungguh ibu mengandung ini! Apa-apa pun semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberikan kesihatan sempurna buat Fazura dan k4ndungannya.

Sumber: Instagram Missfazura via HCL

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here