Gadis tanpa sebelah mata rasa diri teruk, sabar & sedih hadap orang sekeliling

0
2


Seorang gadis berbangga dapat melalui tahun 2019 dengan penuh sabar atas pencapaian dan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan kehidupan walaupun memiliki kekurangan fizikal.

Menerusi Twitter, Hikmah Razlan yang mempunyai penglihatan sebelah mata memuat naik beberapa keping gambar dirinya sebagai motivasi untuk terus berusaha menempuh pelbagai lagi perkara pada tahun hadapan.

“Sebelum 2019 berakhir, i nak ucap tahniah pada diri sendiri. You buat yang terbaik untuk diri sendiri Hikmah.

“You berusaha tahan semua sakit, sedih dan terus bersabar. You memang layak! Tahun depan usaha lagi okay,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, gadis berusia 21 tahun itu tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai punca kehilangan mata kirinya itu.

Bagi segelintir individu, keadaan fizikal tersebut sudah tentu menimbulkan perasaan kurang keyakinan diri apatah lagi sering dipandang serong oleh orang sekeliling.

Namun bagi penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang Kampus Jengka itu, dia tampil penuh yakin tanpa menghiraukan sebarang cemuhan atau hinaan apabila sering memuat naik gambar di media sosial.

Posting tersebut mengundang perhatian pengguna Twitter dengan mendapat lebih 22,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 7,000 kali.

Kebanyakan netizen memberikan kata-kata semangat buat gadis berkenanan dan memuji kecantikan wajah dimiliki selain berharap supaya dia terus sabar menghadapi kekurangan dalam diri.

 

Sumber : Hikmah Razlan, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here