Gara2 tinggal komen di Instagram, netizen gelar Vivy Yusof dengki & busuk hati

0
136


Umum sedia maklum bahawa beberapa hari lepas, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelan rangsangan ekonomi bagi membantu setiap golongan tanpa ada yang keciciran.

Selain itu juga, Perdana Menteri turut memohon agar para majikan membayar gaji pekerja selama sebulan tanpa membuat sebarang potongan bagi membantu mereka yang terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan.

Namun begitu, sejak semalam, media sosial kecoh dengan kenyataan dua Instafamous yang juga merupakan ahli perniagaan iaitu Vivy Yusof serta Aleeya Zailan yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai  pembayaran gaji pekerja selama sebulan sedangkan mereka tidak bekerja dalam tempoh PKP.

Kenyataan mereka berdua membuatkan netizen bengang kerana seolah-olah memperkecilkan golongan B40.

Mereka yang sedia maklum merupakan usahawan berjaya dilihat seakan mengeluh apabila golongan pekerja diberi keutamaan sedangkan mereka juga mengalami kerugian.

 

Susulan daripada itu, rata-rata netizen berasa berang dan kenyataan dua orang Instafamous yang sememangnya mempunyai pendapatan yang hebat berbanding golongan pekerja bergaji B40 ini.

 

Namun begitu, Vivy Yusof dilihat memohon maaf atas diatas keterlanjuran komennya dan membuat kenyataan di media sosial menjelaskan apa yang disampaikan.

Melalui muat naik tersebut dia mengakui kekhilafan yang telah dilakukan. Vivy juga mengakui bahawa amat menjaga kebajikan pekerjanya yang merupakan B40 dan sentiasa memastikan mereka tidak akan kehilangan pekerjaan.

Walau bagaimanapun seorang lagi usahawan iaitu Aleeya Zailan mengambil tindakan mengunci akaun Instagramnya susulan daripada kenyataan ‘tajam’ yang dikeluarkan tempoh hari.

Sumber : Huda Othman, Vivy Yusof.

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here