Geng Picit Roti Direman Esok, Didakwa Lakukan Khianat

0
720


HTML5SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP
Button Close





Selepas ‘Geng Picit Roti’ yang terdiri daripada tiga lelaki menyerah diri di Balai Polis Nilai, pihak polis telah menahan mereka pada jam 3.45 petang tadi untuk siasatan lanjut.

BACA : Sedar Diburu Polis, Geng Picit Roti Serah Diri Selepas Minta Maaf

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar memberitahu semua suspek berusia 18 dan 20 tahun ditahan susulan laporan dibuat pengurus Family Mart yang mengalami kerugian RM30 akibat perbuatan suspek.

Ketiga-tiga suspek akan direman di Mahkamah Majistret Seremban esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, melakukan khianat.

Sebelum ini, tular video sekumpulan remaja merosakkan makanan dan minuman di kedai serbaneka Family Mart, Nilai.

Video tersebut telah dimuat naik menerusi Instastory Instagram luqbubbles yang menyebabkan kemarahan netizen yang menontonnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here