Habis Semua video Youtube dia Padam

0
715

 

IPOH – Semua video masakan dan aktiviti pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam.

Tinjauan Sinar Harian di laman rasmi pasangan itu pada jam 7.30 malam tadi mendapati tiada lagi sebarang video dipaparkan.

Terdahulu, terdapat 98 video masakan serta aktiviti telah dikongsi dan diikuti lebih 785,000 pelayar.

Video terakhir mereka ialah percutian bersama keluarga di taman tema air popular dan menginap di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Video berkenaan dimuat naik minggu lalu dan berjaya meraih lebih 281,980 tontonan.

Pasangan itu mula mencipta saluran Sugu Pavithra sejak 28 Januari lepas dan perkongsian video masakan mereka telah memperolehi lebih 34 juta tontonan.

Semalam, pasangan ini menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah atau gelaran ikon dan hanya mahu memberi fokus kepada program masakan kendalian mereka di saluran YouTube Sugu Pavithra.

Pada Mei lalu, pasangan ini menerima gaji sulung sebagai YouTuber selepas menjadi rakan YouTube (YouTube Partner).

Pada pertengahan Julai pula, pasangan ini menerima anugerah ‘Silver Play Button’ daripada YouTube.

Lebih membanggakan perkongsian video masakan mereka turut mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa hadiah termasuk tripod yang menjadi perangsang untuk pasangan berkenaan terus berkongsi video memasak.

Sugu Pavithra Padam Semua Video Di YouTube

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan kes mengenai pasangan YouTuber masakan popular apabila suaminya, M. Sugu didakwa mencede3rakan isterinya, S. Pavithra ternyata mengejutkan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, semalam Pavithra telah menarik balik lap0ran polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Pasangan itu juga berkata mereka enggan menerima sebarang anugerah selepas ini dan hanya mahu menjadi orang biasa sahaja.

Pavithra berkata dia dan suami akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Namun begitu hari ini, saluran YouTube pasangan itu kini sudah kosong tanpa sebarang perkongsian video. Kemungkinan mereka memadam video masakan yang dihasilkan.

Tidak dapat dipastikan punca di sebalik tindakan drastik tersebut, bagaimanapun setakat ini masih tiada kenyataan daripada pasangan itu.

Inilah Pencapaian Akademik Youtuber Pavithra Yg Anda Tidak Tahu

Tidak tahan dengan keadaan itu, Pavithra sendiri telah hadir ke balai polis dan membuat lap0ran memaklumkan dia dibuat oleh suaminya.Pavithra minta diberikan ruang untuk menyelesaikan konfl1ik peribadi keluarga mereka.”Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa kerjasama program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang.”

Namun anda jangan terkejut, Inilah Pencapaian Akademik Youtuber Pavithra Yg Anda Tidak Tahu YouTuber, S. Pavithra mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya sewaktu mengambil peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) suatu masa dahulu.Pavithra yang tidak berpeluang menghabiskan persekolahannya berkata, dia berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi subjek kegemarannya.

“Saya dulu sekolah rendah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dapat 5A. Bahasa Melayu memang subjek kegemaran saya. Cuma, apabila ke Sekolah Menengah saya hanya dapat belajar separuh jalan sahaja. Tingkatan 4 pun tak habis belajar.“Saya dari kecil memang susah. Hari-hari pergi sekolah, naik bas tambang, tapi selalu tak dapat pergi sekolah sebab susah. Jadi, saya tak dapat belajar dengan baik,” katanya ketika portal Astro Gempak.Gara-gara kesempitan hidup yang dilalui, Pavithra yang menamatkan pengajian lebih awal terpaksa membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

Selaku anak kedua daripada lima orang adik-beradik, Pavithra menyedari tanggungjawab yang perlu dipikul bagi meringankan beban bapanya yang menyara kehidupan sebagai buruh binaan.Tinjauan pula mendapati lima hari lalu pasangan YouTuber ini sempat memuat naik video percutian mereka di taman tema air popular dan menginap di sebuah hotel terkemuka yang dimuat naik di laman YouTube milik S. Pavitra dan berjaya meraih 281,980 tontonan.

Ironinya kegnsan rumah tangga boleh berlaku dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal agama, bangsa, termasuk status sama ada kelompok berpendapatan rendah (B40), sederhana (M40) mahupun tinggi (T20).Jadi, hati-hati guys! Semoga urusan rumah tangga S. Pavithra dan suaminya dapat diselesaikan dengan cara baik.-mstarkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : sinarharian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!