Penyelidik Covid-19 ditembak mati rakan ketika hampir menghasilkan penemuan penting

0
316

Satu berita yang menggemparkan diterima melaporkan, seorang penyelidik perubatan yang terlibat dalam kajian berkenaan Covid-19 ditemui mati dibunuh dengan dua kesan tembakan.

Dikenali sebagai Bing Liu, 37, penyelidik di Sekolah Perubatan, Universiti Pittsburgh, difahamkan mangsa sebenarnya dipercayai hampir menghasilkan penemuan signifikan mengenai COVID-19.

Berdasarkan siasatan pihak berkuasa, Liu ditemui mati di dalam sebuah rumah di Ross Township, utara Pittsburgh dengan kesan tembakan di bahagian kepala dan leher.

Tidak jauh daripada rumah Bing Liu, mayat kedua pula dijumpai satu jam kemudian, dikenali sebagai Hao Gu, 46, di dalam sebuah kereta.

Pegawai Penyiasat Ross Township, Sarjan Brian Kohlhepp, berkata kedua-dua lelaki terbabit mengenali antara satu sama lain, dan polis mendakwa berkemungkinan Gu membunuh Liu sebelum membunuh dirinya dengan beberapa tembakan.

 

Menurut Jabatan Polis Ross, punca pembunuhan yang berlaku pada Sabtu lalu, dipercayai akibat pertengkaran membabitkan teman intim dan setakat ini tiada bukti menyatakan kematian itu disebabkan penyelidikan Covid-19 yang dijalankan mangsa.

“Kami tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan pembunuhan dengan Universiti Pittsburgh, kerja dilakukan universiti itu atau krisis global dialami Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia ketika ini…”

Sebagai rekod, Liu memiliki ijazah kedoktoran (PhD) dalam jurusan sains komputer daripada Universiti Nasional Singapura, berkhidmat sebagai felo kedoktoran di Universiti Carnegie Mellon

Dia kemudian dilantik sebagai penyelidik bersekutu di Sekolah Perubatan, Universiti Pittsburgh. Mendiang disifatkan sebagai mentor cemerlang dan penyelidik prolifik, mengarang lebih 30 kertas kerja dengan fokus kepada biologi sistem.

Sumber : Berita Harian

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here