“Hari tu kemain bukak aib laki kau..” Ramai bengang dengan isteri Shuk

0
670

Selepas hubungan antara pelawak Shuk Sahar dengan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah reda, tiba-tiba timbul pula isu lain dimana warganet mendakwa Sera sendiri yang mengundang kontroversi tersebut.

Menerusi aplikasi TikTok milik Rossalenna atau lebih mesra disapa ‘Sera’, dia memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya memakai kaca mata hitam sambil bersandar di kerusi.

Dalam video itu, Sera melakukan ‘miming’ dengan dialog yang seakan-akan ‘memerli’ seseorang termasuk membuat gaya seolah-olah ‘berlagak’ diiringi gelak ketawa.

“Kenapa kena hasut orang lain suruh benci aku sekali? Tak boleh jatuhkan aku sorang-sorang eh?,” lontar Sera mengikut dialog tersebut.

Perkongsian terse

@cococurv_rossasera##fyp ##shouldbeme

♬ original sound – patrick ★ IG : tummy.boys 👑 – 🧑🏻👑tummy.boys 🇲🇾x🇮🇩


but menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet, rata-rata mereka berbelah bahagi pendapat.

Bagi penyokong Sera, mereka menyatakan perkara sedemikian perlu dilaungkan supaya orang yang dengki dengan kebahagiaan mereka suami isteri menyerah kalah.

Bagaimanapun, ada juga segelintir individu kurang senang dengan tindakan wanita itu dan menegaskan bahawa Sera yang mencetuskan permasalahan rumah tangganya di laman sosial.

Masih tidak berpuas hati dengan perkongsian berkenaan, warganet mula ‘menggali’ semula dan menyerang video Sera pada bulan Disember lalu, iaitu ketika Sera mempertahankan suaminya yang dituduh curang.

@cococurv_rossasera#fypシ #fyp #itstartsontiktok #fypdongggggggg #shouldbeme♬ оригинальный звук – Lerushka👐🏼

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang bengang tindakan Sera dan memerli dirinya kembali. Bagi mereka, empunya diri buka aib suami, tetapi kenapa nak salahkan warganet pula?

Terdahulu, Sera berkahwin dengan Shuk atau nama sebenarnya, Shukri Mohamed Sahar pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Sumber: TikTok Sera 

Source link