Hariss Harun Akhirnya Tinggalkan JDT ceritakan saat manis pertama kali sertai JDT

0
2307

Hariss Harun Akhirnya Tinggalkan JDT ceritakan saat manis pertama kali sertai JDT | Pemain jersey nombor 14 pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bersama dengan pasukan tersebut selama hampir 8 tahun lamanya.

Hariss Harun juga pernah diberikan kepercayaan oleh jurulatih JDT untuk menjadi kapten pasukannya dan beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh TMJ dan jurulatih pasukan untuk meikul tanggungjawab berat ini.

Di dalam instagram beliau, Hariss Harun yang merupakan pemain kebangsaan Singapura telah memberikan sepatah dua kata penghargaan kepada pasukan yang cukup lama beliau berkhidmat dalam kariernya sebagai pemain bola sepak professional.

 

Catatan Perpisahan Hariss Harun

Selepas 7 setengah tahun, saya mengakhiri perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan dalam karier bola sepak saya.

JDT lebih dari sebuah kelab, ia adalah sebuah keluarga yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk memperbaiki diri sebagai pemain bola dan sebagai individu.

Saya akan senantiasa berterima kasih atas peluang untuk mewakili negeri Johor Darul Ta’zim. Mengenang hari pertama saya di sini, sehingga kejayaan yang dimiliki kelab pada hari ini, saya merasa beruntung dapat menyaksikan transformasi JDT.

Kenangan bersama pasukan JDT

hariss harun

Kenangan-kenangan yang akan bersama saya selamanya. Persahabatan yang terjalin dengan jurulatih, pegawai dan rakan sepasukan, saya belajar sesuatu dari setiap mereka.

Kepada penyokong JDT, saya memegang erat pada semangat dan sokongan yang tiada tandingnya, suasana alunan-alunan yang bersemarak di stadium Larkin dan kemudian di stadium Sultan Ibrahim adalah antara memori terindah bagi saya.

Anda yang sentiasa memberi semangat kepada pasukan untuk memberikan persembahan dan permainan yang terbaik.

Kepada Boss TMJ, saya amat berterima kasih dan tidak akan dapat membalas kepercayaan yang diberikan kepada saya ketika Tuanku membawa saya ke kelab dan memberi saya peluang untuk memimpin pasukan pada tahun-tahun terakhir saya di kelab.

Kepada rakan sepasukan dulu dan sekarang, saya akan merindui anda semua. Terima kasih atas semua kenangan. Terus terbang tinggi dan saya yakin anda akan membawa kejayaan ke kelab seperti selalu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hariss Harun (@hariss14)

Saya dengan bangga mengatakan bahawa sebahagian daripada diri saya akan sentiasa berwarna merah dan biru. Luaskan Kuasamu Johor! Sehingga kita berjumpa lagi ♥️💙

Sumber: Instagram Hariss Harun