“Hebat Malaysia baru!” – Bekas komunis berkumpul, ADUN kerajaan ‘join’ sama

0
27


Isu abu mayat Pengasas Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang dibawa masuk ke Malaysia baru-baru ini telah menjadi berita hangat di media sosial dan juga akhbar.

Abu mayat itu telah dibawa masuk ke dalam negara dan ditabr di sekitar laut Lumut, Perak dan juga Banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu dan juga jirat.

Kisah itu tidak terhenti disitu apabila semalam dilaporkan bahawa satu perjumpaan antara bekas ahli kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) diadakan di di sebuah dewan di Kajang, Selangor.

Dalam pertemuan tersebut, kira-kira 400 orang menghadiri majlis tertutup yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu dan veteran PKR Syed Hussin Syed Ali.

 

Menurut Harian Metro, pertemuan itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Rata-rata yang hadir adalah bekas komunis yang berumur dalam lingkungan 60 hingga 80 tahun

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja program itu, Wong Kam Leong pertemuan ini adalah sekadar mengeratkan kembali hubungan di antara mereka yang sudah lama tidak bertemu.

“Tiada perkara lain dibincangkan dan ia sekadar eratkan hubungan antara kami,” 

Tambahnya lagi, pertemuan tersebut merupakan kali pertama dan berkemungkinan besar akan diadakan saban tahun. Dia juga menerangkan bahawa pertemuan tersebut tidak diadakan sebelum ini adalah disebabkan faktor ekonomi dan juga kewangan.

Oleh hal yang demikian, menerusi posting yang dilakukan oleh sumber, ia telah mendapat pelbagai maklum balas yang pelbagai daripada netizen.

Rata-rata tidak menyokong pertemuan tersebut diluluskan walaupun sekadar memperingati hari perjanjian damai itu. Hal ini kerana PKM adalah satu sejarah sedih negara berikutan penderitaan yang dialami oleh banyak pihak.

 

Sumber : Harian Metro

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here