Heroin ‘Winter Sonata’, Choi Ji Woo sah hamil anak pertama pada usia 44 tahun

0
281

Pada sekitar tahun 2000, kebanyakan kaki drama Korea, pasti sahaja akan menonton dan menggemari drama bersiri Winter Sonata. Drama ini telah membuat ramai rakyat Malaysia jatuh cinta dengan lakonan Bae Yoon Joon dan juga heroinnya Choi Ji Woon.

Pada sekitar tahun 2018, telah mengejutkan peminat dengan perkahwinannya pada 29 Mac 2018. Suami kepada Choi Ji Woo ini dikhabarkan bukan dari industri seni, malah 9 tahun lebih muda daripadanya.

Pihak agensi pengurusan Choi Ji Woo, YG Entertaiment telah mengumumkan bahawa aktress tersebut telah disahkan hamil anak pertama.

Berita gembira ini telah diumumkan secara rasmi dua hari yang lalu dan mereka juga menyatakan Choi Ji Woo sedang fokus menjaga kandungannya sebaik mungkin.

Malah, bayi tersebut juga dijangkakan bakal dilahirkan sekitar bulai Mei iaitu bersamaan dengan musim bunga. Pelakon jelita tersebut telah disahkan hamil pada usianya yang mencecah 44 tahun.

Berita gembira ini telah mendapat sambutan dan reaksi hangat oleh para peminatnya. Choi Ji Woo telah bertapak dalam industri hiburan sejak 1994 dan mula menambat hati peminat dengan lakonannya dalam drama Winter Sonata dan Stairway to Heaven.

Sumber: Allkpop.

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here