Hetty Sarlene Mengandung Setelah 4 Tahun Menanti | Tentu korang masih ingat masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan bulan Mac tempoh hari. Ramai yang hanya duduk di rumah sahaja. Tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan berbanding sebelum pelaksanaan PKP.
Bagi pasangan suami isteri saat yang macam ini memang boleh dikatakan seperti peluang untuk berhoneymoon. Apa lagi kalau pasangan yang baru kahwin.
Begitulah yang berlaku kepada penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura ini. Hetty Sarlene telah membuat pengumuman dirinya kini berbadan dua.
Setelah 4 tahun mendirikan rumahtangga Hetty Sarlene Hamil Anak Pertama
Berita yang cukup menggembirakan dia dan suaminya telah dikongsikan di Instagram milik Hetty Sarlene kepada peminatnya.
Setelah empat tahun bernikah dengan suaminya, akhirnya berkat PKP dan usaha mereka, Allah SWT telah mengabulkan permintaan mereka untuk hamil anak pertama.ngga.
Foto: Instagram Hetty Sarlene
Hetty Sarlene yang terkenal dengan lagu Sangsi Asmara telah turut berkongsi gambar susuk badannya sekarang itu menerusi satu hantaran terbaru di Instagram.
Berita gembira itu turut serentak dengan majlis sambutan ulang tahun perkahwinannya Hetty dengan suaminya, Daniel Oakes pada minggu hadapan.
Hetty dan suami sambut ulang tahun perkahwinan keempat minggu hadapan
“We are celebrating our 4th anniversary next week. And to make it all exciting for us this anniversary, we would like to share our wonderful news that we are expecting our first child! This explains me being quiet for A bit.
Gambar dari instagram Hetty Sarlene
“Dealing with all the nausea, dizziness, mood swings, toilet trips, power naps and (WHAT NOT!). I will heed the good old advice to rest and sleep as much now before little oakes arrives!
Even miracle takes a little time,” tulis Hetty yang pernah menyertai program terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza 5 (GV5) itu.
Menerusi gambar yang diupload olehnya, keduanya kelihatan menunjukkan reaksi gembira dengan sama-sama memegang papan tanda yang ditulis kepsyen membayangkan cahaya mata sulung mereka bakal dilahirkan pada bulan Januari tahun 2021 nanti.
Pada 23 Julai 2016, penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Daniel Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil
Pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew menawarkan 100 pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di 10 cawangan pasar raya miliknya Elews Mart...
Kakak kepada penceramah terkenal, ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa iaitu ustazah Nor Hayati Musa meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di sebuah...
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tarikh untuk murid-murid kembali ke sekolah dalam satu sidang media khas oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md...
Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Minoriti (DPM), Mohd Zulkifli Abdul Fattah memuji tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang berjaya mengusir warga asing...
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan terhadap krisis ekonomi negara dan seluruh dunia hingga menyebabkan pelbagai sektor menerima kesan yang turut menjejaskan ekonomi bagi sebuah...