Hikmah pelajar tahfiz dijangkiti Covid-19, wad ceria dengan alunan ayat al-Quran

0
192


Umum sedia maklum bahawa jemaah tabligh yang menghadiri ijtima’ di Sri Petaling menjadi antara individu teramai yang dijangkiti Covid-19.

Walau bagaimanapun, petugas-petugas kesihatan yang merawat mereka di hospital kebanyakkannya memberikan respon yang baik apabila jemaah tabligh ini menunjukkan sikap yang positif.

Mereka yang ditahan di wad dan sedang dikuarantin dilihat melazimi amalan kebiasaan mereka iaitu beribadat secara berjemaah dengan masing-masing menjarakkan diri sejauh 1 meter setiap seorang.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang frontliner yang bertugas di dalam wad isolasi yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar tahfiz.

Tambah frontliner yang dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah ini lagi, pelajar-pelajar tahfiz ini begitu ramah dan sangat positif dalam melewati pengalaman di wad isolasi Covid-19 ini.

Menurutnya lagi, merawat dan menjaga mereka adalah satu kenangan yang sangat menarik untuk dikongsikan. Dia juga mengakui disebalik Covid-19 yang menular dalam kalangan mereka, banyak hikmah yang ditunjukkan Allah S.W.T untuk menyedarkan kita yang selalu alpa.

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet begitu tertarik dengan perkongsian yang dibuat. Mereka telah meninggalkan komen yang pelbagai yang mengakui bahawa berasa tenang melihat anak-anak tahfiz beribadat bersama-sama.

Mereka juga turut mendoakan agar mereka semua diberikan kesembuhan dan boleh dibenarkan keluar dalam masa terdekat ini.

Sumber : Rabiatul Adawiyah

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here