Home Trending Hina kemiskinan pemilik kereta, Ahli Parlimen bertubi2 dikecam netizen

Hina kemiskinan pemilik kereta, Ahli Parlimen bertubi2 dikecam netizen

0
230


Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkongsi sebuah gambar di laman Twitter yang memaparkan sebuah kereta uzur di atas jalan raya mengundang pelbagai kecaman netizen.

Posting dimuat naik petang semalam itu turut disertakan dialog terhadap kereta jenis Proton Wira yang kelihatan kemek pada bahagian belakang kenderaan.

Dialog yang ditulis seakan-akan memperli dan mempersendakan tahap kemiskinan pemilik kereta tersebut itu sekaligus menerima cemuhan warganet.

Fahmi Fadzil : “Ni bukan cukup sifat, ni cukup syarat je ni,”

Setelah posting miliknya tular, seorang individu tampil memaklumkan bahawa kereta terbabit adalah milik rakannya yang bekerja keras sebagai penghantar makanan untuk menjaga kedua ibu bapa.

Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR itu telah tampil memohon maaf dan mengakui beliau seharusnya lebih peka dan sensitif sebelum memuat naik sebarang kenyataan.

Sumber : Twitter , Fahmi Fadzil

Komen





Source link

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here