Hotel Bersalut Emas Pertama Di Dunia Ada Di Vietnam! Dari Pagi Sampai Malam Berkilau

0
322

Sebuah hotel di Vietnam telah diiktiraf sebagai hotel pertama di dunia yang disaluti dengan emas, bukan sahaja di dalam tetapi juga di bahagian luar.

Permukaan luar kediaman Hanoi Golden Lake itu disaluti dengan jubin berlapiskan emas 24 karat yang berkeluasan 5,000 kaki persegi manakala di dalamnya juga dipenuhi dengan kemasan berwarna emas, dari siling, pintu elevator, mangkuk tandas, tab mandi, suis elektrik hinggalah ke dekorasi-dekorasi lain.

Pembinaan hotel yang terletak di Tasik Giang Vo di daerah Ba Dinh itu telah mengejutkan ramai penduduk tempatan yang melalui kawasan itu dengan jubin berlapis emasnya yang berkilauan dari pagi ke malam.

Walaupun hotel yang mempunyai bilik atau aksesori berlapiskan emas bukanlah sesuatu yang baru di dunia, menggunakan jubin berlapis emas adalah sesuatu yang jarang dilakukan.

Nguyen Huu Duong, pengarah umum Hoa Binh Group yang membangunkan hotel 400 bilik itu dengan bangganya mendakwa bahawa Hanoi Golden Lake akan menjadi hotel pertama di dunia yang mempunyai permukaan berlapiskan emas.

Pembinaan dan pengubahsuaian hotel setinggi 25 tingkat itu dijangka siap sepenuhnya tepat pada masanya untuk perlumbaan Formula Satu pada tahun depan. Penginapan satu malam di hotel itu akan bermula dengan harga USD 250 (RM 1070) untuk satu malam.

Selain jubin emas, banyak bahan binaan dan perabot hotel yang juga disalut dengan emas asli. Malah setelah ubah suai hotel itu selesai dan mula beroperasi, para tetamu hotel boleh menjamu selera dengan peralatan makanan yang juga disalut dengan emas tulen.

Sumber : HCL

 

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here