Ibu meninggal 3 sebelum sempat raikan Hari Ibu, gadis ke rumah makcik2 untuk ubati kerinduan

0
360

Hari ibu yang disambut pada 10 Mei setiap tahun pastinya suatu hari yang sangat bermakna buat para ibu dan anak-anak. Namun, bukan semua dapat meraikan hari istimewa tersebut dengan insan yang kita sayangi.

Hal ini dikongsikan oleh seorang gadis apabila kehilangan ibu tersayang tiga hari sebelum hari ibu. menggunakan nama eisyazln di Twitter dia telah memuat naik pusara ibunya dan mengakui rindu dengan insan tersebut.

Namun begitu, bagi merawat hati yang duka dan tetap mahu meraikan hari tersebut, gadis itu telah pergi kerumah makcik-makciknya dengan memberikan kejutan buat mereka.

Dia telah menghulurkan hadiah sebagai tanda meraikan hari ibu walaupun hanya sekadar ibu saudara sahaja.

 

Dalam pada itu, gadis tersebut telah mengucapkan terima kasih buat ibunda tercinta dan mendoakan agar roh insan paling bermakna buat dirinya tenang di alam sana.

Posting yang dilakukan oleh eisyazln ini telah mendapat ribuan perkongsian semula dan tanda suka di Twitter. Rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas kehilangan ibunya dan mendokan agar roh allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber : eisyazln

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here