Imigresen Minta Orang Ramai Cari Rayhan Kabir Sampai Dapat

0
1154

Imigresen Minta Orang Ramai Cari Rayhan Kabir Sampai Dapat

Seorang lelaki warganegara Bangladesh yang dikenali sebagai Rayhan Kabir dalam dokumentari oleh Al Jazeera yang merupakan satu agensi berita antarabangsa kini dikehendaki oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, pihak JIM meminta orang ramai untuk membantu untuk memberikan maklumat mengenai pemuda tersebut yang berusia 25 tahun itu untuk membantu satu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Posted by Bernama TV on Monday, July 6, 2020

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun.
“Alamat terakhir beliau adalah Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya…
“…di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” tulis kenyataan tersebut menerusi posting di Bernama TV.

Sebelum ini, Stesen TV Al Jazeera telah menayangkan sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ .

Dokumentari yang berdurasi 25 minit 50 saat itu telah memaparkan beberapa kecaman terhadap layanan yang diterima oleh pendatang tanpa izin (PATI) sewakktu arahan PKP dilaksanakan oleh negara Malaysia bagi menangani penularan COVID-19.

BACA : Siapa Rayhan Kabir, Lelaki Bangla Yang Buat Cerita Kepada Al Jazeera

Sumber : Bernama TV

Source link