Ingat nak pergi jalan2, anak ada simptom Covid-19 teruja dibawa ambulans

0
86


Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna media sosial berkongsi momen apabila orang tersayang ‘dijemput’ menaiki ambulans setelah disahkan positif Covid-19.

Terbaru, seorang ibu Intan Nurdiyana berkongsi sebuah video yang memaparkan anak lelakinya dibawa ambulans gara-gara mempunyai simptom virus tersebut.

“Aisy belum disahkan lagi positif, keputusan belum keluar lagi tapi disebabkan dia ada simptom, doktor cadangkan ke hospital dan kemungkinan dia akan kuarantin di wad sana,” tulisnya di laman Twitter.

Menerusi rakaman video dikongsi, Intan hanya mampu melambai anaknya di halaman rumah sebelum si kecil berusia tiga tahun itu beredar bersama si bapa.

Walau bagaimanapun, anaknya tidak ditahan di hospital dan pulang semula ke rumah bagi menunggu keputusan ujian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber : Twitter , Instagram





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here